sebelum tu, saya nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
MAAF ZAHIR DAN BATIN. :)

haa. sambung balik.
pagi tadi semasa sedang menonton televisyen ada lah satu rancangan ni yang membincangkan topik: setuju atau tidak pemberian duit raya diberhentikan?
hah! apa kata korang semua? setuju ke tidak?
mungkin sesetengah orang akan fikir pastilah rata2 orang akan menjawab tidak. betul tak?
saya pun macam tu,
tapi! yang pelik bin ajaibnya, rata2 kanak2 yang ditemu ramah setuju dengan cadangan tersebut.
apa hal??
alasan yang dikemukakan:
- duit bukan boleh bawa mati
- kasihan atuk nenek nak beri duit raya
- tidak terlalu memerlukan
aikk! betul ke mereka ni? tapi menurut saya duit raya bukanlah sekadar duit raya sahaja.
duit raya ni boleh:
- menambahkan suasana raya. dah kalau sebut pasal raya tentulah ramai yang tidak sabar2 nak dapat duit raya walaupun umur dah menjangkau usia dewasa! betul tak? itu pasallah ramai budak2 datang beraya walaupun korang tak kenal siapa budak2 tu.
- kalau budak2 yang datang dari keluarga yang susah ni mungkin salah satu cara diorang nak kumpul duit!
- duit raya boleh beri kegembiraan kepada penerimanya dan pemberinya! bukankah baik kalau memberi? lebih diberkati! duit raya di boleh kira macam hadiah lah juga kan?! bagi penerima pula mungkin akan rasa duit raya ni macam hasil titik peluh diorang yang berpuasa sepanjang ramadan! sebab itu wujudnya istilah siapa tak puasa tak dapat duit raya! kan kan kan?
- dan juga apa2 yang korang rasa munasabah. tak daya nak fikir banyak2. hahaha
jadi konklusinya, bagilah duit raya kepada saya! HAHAHA
itu sahaja yang ingin saya kongsikan. salam lebaran buat semua! enjoyy! :DD
2 comments:
baguih2.
highlight post nie kat bhgian conclusion tu kan kan ?
alaaaa i tau la u.
:P
aik!!! mane tau ni? hahahaha! ade2 je. ;p
Post a Comment